fbpx

Wanita kudung ‘dibuang’ tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN LZS melihat keadaan wanita itu di Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.

SHAH ALAM – Perbuatan ‘membuang’ ahli keluarga terutama warga emas terus berlaku dengan terbaharu seorang wanita Orang Kelainan Upaya ( OKU ) dipercayai ditinggalkan di tepi Jalan Kebun, di sini semalam.

Lebih memilukan, wanita yang menggunakan kerusi roda itu ditinggalkan bersama bekalan lampin pakai buang dan beg pakaian ketika ditemui orang awam, kira-kira pukul 2 petang.

Insiden tersebut tular hari ini menerusi hantaran Facebook rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Jurucakap LZS berkata, pihaknya menerusi Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor dan Pusat Operasi Agihan Daerah Kuala Langat menerima maklumat mengenai perkara itu pada pukul 8.30 malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu merupakan asnaf fakir LZS dan masih mempunyai keluarga.

“Usaha menghubungi keluarga berjaya dilakukan namun tidak mendapat kerjasama baik apabila tiada seorang waris sudi menjemputnya dengan memberi pelbagai alasan,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini hari ini.

Menurutnya, LZS terpaksa menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut ekoran keadaan wanita itu yang kudung kaki kanan selepas dipotong dipercayai akibat penyakit kencing manis sejak Oktober tahun lalu.

Selain itu, wanita malang itu mempunyai masalah kurang ingatan.

“Polis kemudian menghubungi anaknya yang pada awalnya bersetuju hadir ke balai polis untuk mengambil ibunya itu. Namun, kira-kira pukul 3 pagi tadi, anaknya membuat keputusan tidak boleh menjaga wanita tersebut,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI