fbpx

United belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER (kanan) yakin barisan pemainnya mempunyai kemampuan untuk merampas takhta pendahulu EPL daripada City. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer belum berputus asa memburu trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini meskipun ketinggalan 10 mata di belakang Manchester City.

Keyakinan Solskjaer kembali meningkat selepas menyaksikan skuad kendaliannya membelasah Real Sociedad 4-0 pada aksi pertama pusingan 32 pasukan terbaik Liga Europa kelmarin.

Justeru, The Red Devils mahu menjadikan Newcastle United sebagai mangsa pertama kebangkitan mereka dalam saingan liga menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Old Trafford awal pagi esok.

“Saya fikir tiada pasukan yang tidak mahu memenangi kejua­raan liga. Kami masih lagi berada dalam saingan musim ini dan akan cuba memenangi setiap perlawanan akan datang.

“Kami berada di kedudukan kedua, jadi sudah tentu saya tidak mahu tamatkan saingan dalam kelompok bawah. Kami akan terus memberi tekanan kepada City dan ia akan bermula Ahad ini (awal pagi esok),” kata Solskjaer.

Legenda United itu juga menggesa pemain-pemainnya agar menampilkan aksi sama ketika membelasah Sociedad apabila melayan kunjungan skuad kendalian Steve Bruce itu awal pagi esok.

“Setiap perlawanan EPL ­sangat sukar dan anda perlu mengeluarkan segala-galanya jika mahu menang. Saya harap pemain-pemain akan berjuang habis-habisan dalam perlawanan itu nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI