fbpx

Sektor perkayuan mampu jana pendapatan sehingga RM23 bilion tahun ini – KPPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yakin prestasi eksport sektor perkayuan mampu mencapai RM23 bilion pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Kharuddin Aman Razali berkata, keyakinan tersebut bersandarkan kepada ‘kehadiran’ vaksin di negara ini yang dijangka dapat meredakan pandemik Covid-19 ketika ini.

Kata beliau, pemulihan ekonomi di negara pengimport utama kayu dan produk kayu seperti di Amerika Syarikat (AS) dan China serta permintaan dari negara-negara lain yang semakin meningkat turut memacu perkembangan positif pasaran sektor perkayuan pada tahun ini.

“Prestasi eksport sektor perkayuan bagi tahun 2020 telah menunjukkan pencapaian yang baik apabila mencatatkan nilai eksport sebanyak RM22.02 bilion meskipun pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

“Meskipun mencatatkan penurunan dua peratus berbanding tahun sebelumnya, prestasi berkenaan menunjukkan fasa pemulihan positif jika dibandingkan dengan industri lain yang mencatatkan penurunan sangat ketara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Khairuddin berkata, eksport perkayuan mulai meningkat secara bulanan bermula Mei hingga Disember 2020 iaitu semasa fasa pemulihan.

Jelasnya, dalam tempoh itu syarikat pengeluar produk kayu terutamanya perabot kayu, tanggam, papan lapis dan kayu kumai kembali rancak beroperasi untuk memenuhi tempahan pasaran eksport.

“Pasaran utama bagi sektor perkayuan yang menunjukkan peningkatan ialah AS dan China kerana kedua-dua pasaran ini menyumbang sebanyak 44 peratus dari eksport keseluruhan Malaysia.

“AS mencatatkan peningkatan sebanyak 50 peratus kepada RM7.4 bilion berbanding RM5 bilion bagi tahun 2019.

“Peningkatan ini dipengaruhi oleh rangsangan Kerajaan AS kepada ekonominya untuk industri pembinaan semasa pandemik Covid-19 dan peningkatan dalam e-dagang yang membawa kepada pertambahan
permintaan terhadap produk kayu Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, negara China pula mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus kepada RM2.3 bilion berbanding RM1.8 bilion tempoh yang sama pada tahun 2019.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI