fbpx

Rayu derma netizen untuk berfoya-foya di kota Las Vegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hodder (kiri) bersama rakan-rakannya di Las Vegas pada tahun 2015. – DAILY STAR

LONDON – Seorang pengurus bar di Britain, Josh Hodder, 34, mewujudkan akaun derma online, GoFundMe bagi mengumpulkan wang untuk dia bercuti dan berseronok di bandar perjudian Amerika Syarikat, Las Vegas, lapor akhbar Daily Star.

Hodder berkata, dia mahu menggunakan wang sumbangan orang ramai itu untuk berjudi di kasino, minum minuman keras, menaiki helikopter dan limousin, menembak di padang sasar serta menampung kos penerbangan dan penginapan di hotel.

“Mustahil saya dapat mengumpul wang ketika ini kerana ‘bercuti’ akibat pelaksanaan perintah berkurung koronavirus. Wang yang ada saya perlu gunakan untuk membeli pakaian anak-anak, membeli makanan mereka dan mengelakkan diri daripada berhutang,” katanya.

Hodder yang berasal dari Devon, barat daya England, pernah mengunjungi Las Vegas sebanyak tiga kali dan menyifatkan lokasi tersebut sebagai ‘Disneyland bagi orang dewasa’.

Pada masa sama, dia turut bercadang untuk membuka akaun OnlyFans dan menjual gambar tidak senonohnya kerana yakin mampu mengumpul wang menerusi cara tersebut.

“Jadi, saya mengharapkan kebaikan orang ramai untuk menderma. Pada fikiran saya, apa salahnya saya berbuat demikian?” katanya.

Bagaimanapun, Hodder ti­dak begitu percaya rancangannya akan berjalan lancar seperti diharapkan.

Sehingga hari ini, akaun GoFundMe miliknya masih kosong tanpa apa-apa sumbangan daripada orang ramai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI