fbpx

Radzi kongsi tips hilang gementar ketika jawab peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jika rasa gementar, letakkan pen dahulu sekejap kemudian minum air sedikit dan tarik nafas dalam-dalam.

Itu tips dikongsi Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal ‘berjuang’ dalam peperiksaan esok pagi.

Radzi berkongsi nasihat terakhir buat 401,105 calon SPM 2020 itu menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

“Dapatkanlah rehat yang secukupnya malam ini. Rasa gementar, gemuruh atau takut itu adalah biasa.

“Pak cik yang telah menduduki pelbagai peperiksaan pun sentiasa ada perasaan sedemikian bila sampai hari peperiksaan,” katanya.

Radzi mendoakan calon yang bakal menduduki SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) esok dapat lakukan yang terbaik.

Katanya, dalam pelbagai kekangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang setahun lalu, tentunya anak-anak telah berikhtiar dan berusaha sehabis baik.

“Apa yang paling penting, kenal diri kita dan gunakanlah kaedah yang terbaik untuk mendapat ketenangan.

“Pak cik dahulu sentiasa bisikkan ke hati, ‘sesungguhnya aku telah berikhtiar bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan esok’ dan ‘malam ini aku perlu rehatkan diri dan minda untuk berikhtiar di dalam dewan peperiksaan pula esok’,” katanya.

SPM 2020 akan bermula esok hingga 25 Mac depan di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI