fbpx

Premis, kedai makan di Kelantan boleh dibuka sampai pukul 12 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Semua premis makanan dan restoran di seluruh negeri ini akhirnya dibenarkan melanjutkan operasi perniagaan masing-masing sehingga pukul 12 tengah malam berkuatkuasa hari ini.

Sebelum ini, peraturan beroperasi setakat pukul 10 malam dikekalkan di Kelantan, meskipun kerajaan pusat membenarkan operasi dilanjutkan sehingga 12 tengah malam bermula 19 Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, kebenaran itu diberikan selepas mengambil kira kebajikan dan ekonomi tanpa mengabaikan aspek kesihatan rakyat.

Katanya, beberapa prosedur operasi standard (SOP) lain turut diselaraskan seperti di peringkat pusat seperti jumlah individu dibenarkan duduk mengikut keluasan meja makan.

“Kita membenarkan bilangan pelanggan mengikut keluasan meja, namun semua orang wajib mematuhi SOP penjarakan fizikal satu meter antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Dr. Izani, antara kelonggaran lain diberikan termasuk membenarkan penglibatan 10 individu bagi aktiviti di pusat rekreasi dalam satu masa dan melanjutkan operasi pasar basah sehingga pukul 4 petang.

“Kerajaan negeri juga sudah membenarkan majlis perkahwinan dengan jumlah 50 orang tetamu di samping mensyaratkan penggunaan khidmat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk mengawal keadaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI