fbpx

PKPD Penjara Taiping dan kuarters kakitangan ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sebelum ini dikuatkuasakan di Penjara Taiping dan kuarters kakitangan di Taiping, Perak ditamatkan bermula esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan menamatkan PKPD itu adalah selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan sebanyak 482 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 142 kes telah direkodkan.

“KKM mengesahkan baki kes positif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, setelah membuat penilaian risiko, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penjara Taiping dan kuarters kakitangan di Taiping Perak pada 22 Februari seperti yang telah dijadualkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI