fbpx

Peruntukan RM19.2 juta naik taraf ban sekitar pantai di Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rashid (tiga dari kanan) meninjau lokasi Projek Fenomena Air Pasang Besar di Perserai, Batu Pahat, Johor hari ini. - Foto oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Sebanyak RM19.2 juta diperuntukkan kerajaan persekutuan bagi menaik taraf benteng di sekitar pantai daerah ini yang dijangka siap pada tahun 2023.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, Projek Fenomena Air Pasang Besar itu bakal memberi manfaat kepada puluhan ribu penduduk di jajaran pantai sepanjang 34.6 kilometer itu.

“Projek ini bertujuan membina dan menaik taraf ban atau penghadang air supaya kemasukan air laut ke kawasan perumahan serta pertanian dapat dikawal.

“Terdapat beberapa kawasan telah dikenal pasti tempat berisiko berlakunya air pasang besar setiap tahun iaitu di sekitar Tampok, Rengit, Senggarang, Minyak Beku dan Peserai.

“Pembinaannya dijangka bermula penghujung tahun ini dengan peruntukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pusat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan tapak di beberapa kawasan terjejas air pasang di sini hari ini.

Mohd. Rashid berkata, pembinaan berperingkat benteng ini dimulakan pada akhir 70-an dan siap pada 2000.

“Benteng sebelum ini setinggi 3.7 meter namun akibat fenomena alam seperti peningkatan paras air laut menyebabkan benteng berkenaan perlu dinaik taraf.

“Kejadian ini ditambah dengan faktor angin dan hujan lebat menyebabkan limpahan air laut ke kawasan darat termasuklah perumahan dan pertanian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI