fbpx

Penerima vaksin bakal terima pasport vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu sedang diperhalusi dengan mengambil kira dua kaedah iaitu menerusi aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal.

“Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu pertama dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport.

“Kalau ikut perancangan, kita sedang lihat bagaimana negara-negara lain boleh berkolaborasi dengan pasport vaksin tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyaksikan ketibaan kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech menerusi pesawat MH604 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo) di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pihaknya sudah berbincang dengan rakan sejawat di Singapura khususnya bagi mewujudkan satu perakuan bersama bagi individu yang pernah menerima vaksin.

Menurutnya, perkara itu akan di bawa ke Wisma Putra supaya semua negara di rantau ini dapat menerima pakai satu kod notifikasi atau pensijilan bagi mereka yang sudah menerima vaksin dan menggunakan lapangan terbang.

“Saya rasa kita kena buat tindakan susulan untuk memastikan mereka yang menggunakan lapangan terbang kita akan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) apabila tiba di negara ini atau negara lain dan mereka masih lagi tertakluk kepada kuarantin atau tidak,” katanya.

Katanya, beliau melihat PICK ini boleh menghidupkan kembali sektor penerbangan di Malaysia dan negara serantau lain. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI