fbpx

Medvedev tak sabar tewaskan Djokovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEDVEDEV teruja untuk beraksi pada perlawanan akhir Terbuka Asutralia menentang Djokovic di Rod Laver Arena, Melbourne Park hari ini.

MELBOURNE – Bintang tenis Rusia, Daniil Medvedev mengakui tidak sabar untuk melakukan kejutan ke atas pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic pada aksi final Terbuka Australia di Rod Laver Arena, Melbourne Park hari ini.

Medvedev yang sedang memburu gelaran sulung Grand Slam dilihat bakal mencalarkan rekod Djokovic apabila pemain pilihan utama itu sedang melengkapkan kejuaraan kesembilan Grand Slam pada Terbuka Australia.

Pemain berusia 25 tahun tersebut kini meraih kemenangan ke-20 berturut-turut sekali gus dilihat tiada masalah untuk melakukan kejutan apabila berdepan Djokovic.

“Sukar untuk saya menyebutnya kerana Djokovic bukan pesaing tetapi saya adalah pencabar kepadanya di pentas akhir nanti.

“Seseorang akan mencabar rekod lapan kali pentas akhir milik Djokovic dan saya tidak sabar malah teruja untuk berdepannya esok,” kata Medvedev.

Pemain tersebut, yang juga juara ATP Finals pada November lalu, memiliki rekod pertemuan dengan Djokovic 4-3, namun mahu menganggap ia sebagai pertemuan sulung.

“Kami pernah bertemu, sejak kali pertama semasa saya menduduki ranking ke-60 dunia, kami melalui perlawanan hebat secara fizikal dan mental. Dia merupakan salah seorang pemain terhebat dalam sejarah tenis,” ujar Medvedev. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI