fbpx

Mayat pemancing jatuh bot ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat di Sungai Muda, Tasek Gelugor malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang dikhuatiri terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Muda, Tasek Gelugor di sini semalam ditemui meninggal dunia malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mayat Md. Johari Mat Isa, 40, ditemui kira-kira pukul 10.50 malam.

“Mayat mangsa yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat ditemui kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Kosmo! Online semalam melaporkan Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Muda.

Mangsa dikatakan keluar dari rumah sejak pukul 8 pagi kelmarin sebelum bapa mangsa yang keluar mencari menemui bot gentian kaca miliknya di tengah sungai kira-kira pukul 12 tengah hari semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI