fbpx

Kumpulan vaksin pertama tiba di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin selamat mendarat di KLIA kira-kira pukul 10 pagi tadi.- FB Datuk Seri Wee Ka Siong.

PETALING JAYA – Pesawat MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300 kendalian MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo) membawa 312,390 dos vaksin berkenaan.

Ketibaan pesawat berkenaan di KLIA di sambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong; dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Tidak ketinggalan menyambut vaskin kumpulan pertama itu adalah kakitangan MASKargo, anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia dan juga Angkatan Tentera Malaysia.

Terdahulu, perjalanan vaksin itu adalah dari kilang Pfizer di Belgium dan telah diuruskan oleh Pfizer serta DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Pesawat MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin selamat mendarat di KLIA kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain termasuk Malaysia.

Setibanya di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.

Sebanyak 600 lokasi vaksinasi seluruh negara ditetapkan dengan tujuh vaksinator atau petugas menyuntik vaksin akan disediakan di setiap lokaliti.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI