fbpx

[VIDEO] Guna laluan penoreh getah seludup ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mulkiaman (tengah) melihat sebahagian daun ketum yang dirampas dalam tangkapan di Durian Burung pada Khamis lalu.

KUALA NERANG – Penyeludup dikesan menggunakan laluan penoreh getah untuk menuju ke kawasan hutan seterusnya lorong-lorong tikus bagi menyeludup daun ketum menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Durian Burung dekat sini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, modus operandi itu dikesan dilakukan penyeludup dalam cubaan menyeludup daun tumbuhan tersebut sebelum ini.

Katanya, empat cubaan penyeludup ketum baru-baru ini bagaimanapun gagal apabila mereka ditahan anggota tentera dari Kem Sahara Durian Burung di Kota Putra menerusi Ops Benteng dan Ops Pagar.

“Anggota tentera menahan tiga lelaki tempatan berusia 22 tahun hingga lingkungan 30-an serta merampas 1.7 tan daun ketum dianggarkan bernilai RM15,000 pada Khamis lalu dan pagi tadi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI