fbpx

Guardiola sinis kemampuan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA

MANCHESTER – Perang psikologi mula dilancarkan pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal di Stadium Emirates awal pagi esok.

Bekas pengendali Barcelona tersebut memuji kemampuan dimiliki pengurus Arsenal, Mikel Arteta selain percaya bekas pembantunya itu mampu membimbing The Gunners menjadi pencabar kejuaraan liga pada masa hadapan.

Ketika ini, The Citizens dianggap sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi EPL apabila selesa mendahului saingan menerusi perbezaan 10 mata dengan pencabar terdekat di tempat kedua, Manchester United.

“Semua pengurus memerlukan masa dan Arteta tidak terkecuali. Pada pemerhatian saya, Arsenal sudah menunjukkan aksi yang lebih baik dalam dua bulan terakhir ini.

“Sebab itu saya akui mereka berada pada landasan terbaik untuk menjadi salah sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga pada masa hadapan,” kata Guardiola.

Sementara itu, Guardiola, 50, berharap pemain-pemainnya mampu mengekang asakan bertali arus yang mampu dilancarkan jentera serangan Arsenal menerusi serangan balas pantas terutamanya daripada Pierre-Emerick Aubameyang dan Bukayo Saka.

“Kami perlu menampilkan aksi terbaik dengan menguasai perlawanan itu kerana mereka ada kualiti untuk menghampakan kami. Pemain-pemain seperti (Emile) Smith-Rowe, (Bukayo) Saka dan (Pierre-Emerick) Aubameyang perlu dikawal rapi,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI