fbpx

FAM tidak berhasrat menjadi tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN menjelaskan FAM terpaksa menolak peluang untuk menjadi tuan rumah bagi tiga baki perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia 2022 pada Jun depan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa menolak peluang untuk menjadi tuan rumah bagi tiga baki perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia 2022 pada Jun depan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan, badan induk sukan bola sepak tanah air itu tidak berhasrat menjadi tuan rumah kerana prihatin dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

Justeru, keadaan tersebut membuka ruang buat empat lagi pasukan yang berada dalam Kumpulan G seperti Vietnam, Thailand, Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk menjadi tuan rumah.

“Berhubung pasukan negara, kita semua faham bahawa FAM tidak bersedia untuk jadi tuan rumah kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia 2022 kerana Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mahukan keputusan minggu ini.

“Berdasarkan situasi Covid-19 di Malaysia, memang tidak dibenar mana-mana pasukan masuk ke negara ini. Saya fikir mungkin Vietnam, Thailand atau UAE akan memohon untuk jadi tuan rumah,” katanya.

Tambah Hamidin, berdasarkan keadaan semasa, UAE dilihat sebagai calon terbaik untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan baki perlawanan yang bakal dijalankan secara berpusat itu.

“Jika dilihat pada lima pasukan ini, saya fikir UAE calon terbaik kerana hampir semua rak­yatnya menerima vaksin selain prosedur di sana lebih tepat.

“Bagaimanapun, kita serah kepada AFC untuk membuat keputusan minggu depan bagi memilih venue untuk kita bermain secara berpusat pada Jun depan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap kerajaan akan memberikan vaksin secepat mungkin kepada semua pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia (Liga M) selepas petugas barisan hadapan disuntik.

Selain itu, beliau juga mahu penyokong-penyokong dibenarkan memasuki stadium dengan jumlah sekurang-kurangnya 10 peratus jika saingan Liga M berlangsung tanpa sebarang masalah dalam tempoh dua atau tiga bulan nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI