Seperti yang semua sedia maklum, Penjara Pudu yang terletak di tengah-bu kota sudah dirobohkan untuk tujuan pembangunan komersial.
Namun, baru-baru ini ramai pula yang berkongsi maklumat menarik tentang lokasi tersebut dalam media sosial.
Turut tidak ketinggalan, Beto Kusyairy yang berkongsi kenangan menjalani pengambaran naskhah Warkah Terakhir: Rosly Dhoby di situ.
Katanya, ‘tenaga’ di situ sangat luar biasa. Seram pula bunyinya. Beto juga memberitahu beberapa lukisan dan coretan di penjara tersebut membuatkan dia berasa hiba.
“Pelbagai lukisan dan coretan yang sebahagian besarnya membuatkan aku rasa hiba. Terutamanya di sel-sel akhir. Ada juga yang menakutkan,” ciapnya dalam Twitter baru-baru ini.
Dia kecewa apabila lokasi bersejarah tersebut tidak dipelihara.
“Sayang seribu kali sayang mercu tanda KL ini tidak dipelihara seperti Alcatraz,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Bahkan ramai netizen terkilan, mengapa Penjara Pudu tidak dijadikan muzium atau lokasi pelancongan.
Diva pun harap, jika ada lokasi bersejarah, eloklah dijadikan sebagai tarikan pelancong. Janganlah sibuk nak kejar keuntungan sahaja.
DIVA: Ada yang kecewa bila Hannah Delisha umum berkahwin, sama kes dengan Mira Filzah.