fbpx

Arsenal tak goyang jumpa City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGALHAES (depan) percaya Arsenal ada kemampuan untuk menamatkan dominasi City menjelang aksi EPL di Emirates awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pemain pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes menuntut rakan-rakan sepasukannya agar berwaspada dengan ancaman Manchester City ketika melayan kunjungan pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu awal pagi esok.

Ia berikutan kecemerlangan skuad kendalian Pep Guardiola itu yang kini telah merekodkan 17 kemenangan berturut-turut sekali gus menjadi ancaman besar kepada The Gunners.

Bagaimanapun, Magalhaes yakin pengurusnya, Mikel Arteta mempunyai perancangan terbaik untuk menamatkan penguasaan The Citizens dalam saingan EPL pada aksi di Stadium Emirates nanti.

“Apa yang saya boleh katakan City adalah pasukan yang cukup berbahaya. Misi saya adalah menghalang City daripada terus melakukan percubaan berbahaya bagi memastikan gawang gol kami tidak dibolosi.

“Kami telah melakukan persiapan mantap untuk berdepan City. Kami juga mempunyai keseimbangan yang baik untuk mencuri peluang menewaskan mereka di laman sendiri,” katanya.

Pada aksi terdahulu, Arsenal bermain dengan baik dan kembali memperoleh tiga mata selepas tiga perlawanan menerusi kejayaan menewaskan Leeds United 4-2 hasil ledakan hatrik Pierre-Emerick Aubameyang dan satu gol daripada Hector Bellerin.

Bagaimanapun, City dijangka menurunkan barisan terbaiknya termasuk Ilkay Gundogan yang sudah meledak 11 gol dalam saingan EPL musim ini biarpun sebelum ini dikatakan mengalami kecederaan serius ketika menentang Tottenham Hotspur pada 14 Februari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI