fbpx

73,710 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontena yang membawa vaksin pertama untuk negeri Johor melepasi Plaza Tol Kempas, Johor Bahru selepas tiba di Tambak Johor dengan kawalan ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sejumlah 73,710 dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech telah dihantar ke empat Pusat Simpanan Vaksinasi (PSV) pada hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, vaksin itu akan diedarkan ke seluruh 54 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada di seluruh negeri ini.

Katanya, petugas barisan hadapan di negeri ini adalah golongan pertama yang akan menerima vaksin secara berperingkat-peringkat mulai minggu ini.

“Vaksin yang dibawa menggunakan trak DHL ini adalah kumpulan pertama vaksin yang sama tiba di KLIA pagi tadi daripada kilang Pfizer-BioNTech di Puurs, Belgium.

“Semoga dengan kehadiran vaksin ini dapat memberi harapan baru buat semua rakyat Malaysia dalam peperangan kita melawan Covid-19 ini,” katanya di sini hari ini.

Adham Baba berada di Johor Bahru bagi menyambut ketibaan vaksin di negeri tersebut bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada pukul 2.00 petang tadi.

Beliau diiringi Hasni terus ke laluan bas di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan bergerak ke Tambak Johor bagi menyambut ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech yang dibawa daripada Singapura.

Pada Selasa lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Vaksin Covid-19 akan tiba di negara ini hari ini sementara pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa pada 26 Februari.

Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI