fbpx

493 individu ingkar SOP PKP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 493 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 484 kompaun telah dikeluarkan manakala sembilan individu telah direman bagi membantu siasatan di atas pelbagai kesalahan.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat sebanyak 70,696 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 3,060 pasukan pematuhan melibatkan 14,109 anggota telah membuat pemantauan di 5,894 buah restoran, pasar raya (4,514), bank (4,217), penjaja (2,697), pasar awam dan tani (2,142), kilang (1,673) dan pejabat kerajaan (733),” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, turut dipantau adalah tempat ibadah (3,733) tempat riadah (1,680), terminal pengangutan darat (2,044) terminal pengangkutan air (320) dan terminal pengangkutan udara (104).

“Antara kesalahan yang direkodkan adalah tindakan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (113) tidak mengamalkan penjarakan fizikal (132) gagal menyediakan peralatan merekod diri (117) dan tidak memakai pelitup muka (70),” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, seramai 20 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan semalam selain berjaya merampas sebanyak 17 buah kenderaan darat menerusi Ops Benteng.

“Menerusi Ops Benteng, pihak berkuasa turut berjaya mengesan sebanyak 102 buah bot serta kapal di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI