fbpx

[VIDEO] 571,802 frontliners berdaftar sebagai penerima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 571,802 petugas barisan hadapan daripada sektor kesihatan dan sektor lain telah berdaftar bagi membolehkan mereka menjadi penerima fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan dilaksanakan Rabu ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, 57.3 peratus adalah anggota perubatan dan kesihatan manakala 42.7 peratus lagi adalah anggota bukan kesihatan meliputi Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Penjara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau berkata, vaksin Pfizer yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini akan dihantar ke 16 lokasi pusat simpanan vaksin di seluruh negara melibatkan enam lokasi di Selangor, Johor (empat), Kuala Lumpur (tiga), Pulau Pinang (dua) dan Putrajaya (satu).

“Negara juga akan menerima vaksin Covid-19 yang akan dihantar melalui kenderaan darat dari Singapura ke Johor dan dijangka tiba pada pukul 2 petang ini.

“Vaksin ini juga dihantar ke Pulau Pinang melalui pesawat dan dijangka tiba pukul 6 petang ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan ketibaan kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech menerusi pesawat MH604 di KLIA hari ini.

Ketibaan pesawat berkenaan di KLIA disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong; dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI