fbpx

Tiada pergerakan tanah di Kampung Pohon Chelagi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menunjukkan kesan runtuhan yang berlaku di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas baru-baru ini.

PASIR MAS – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas mengesahkan tiada lagi pergerakan tanah yang berlaku di Kampung Pohon Chelagi di sini selepas kejadian tebing Sungai Kelantan runtuh pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, runtuhan kali terakhir tanah di lokasi kejadian dikesan kelmarin dan tiada lagi pergerakan tanah berlaku sehingga hari ini.

Menurutnya, polis bersama agensi penyelamat lain sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan bagi melihat perkembangan terkini berkaitan situasi tersebut.

“Kawalan di lokasi kejadian turut diperketatkan bagi memastikan orang awam tidak menceroboh masuk ke kawasan tersebut.

“Hal ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi memberitahu, sejak runtuhan itu berlaku, lima buah rumah sudah ranap dan terjunam ke bawah cerun.

Katanya, semua penduduk yang tinggal di kawasan tersebut sudah diarahkan untuk mengosongkan rumah mereka.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) meluluskan peruntukkan segera sebanyak RM100,000 untuk kerja-kerja pemasangan kanvas kalis air bagi menutup kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI