fbpx

Syifa Melvin sanggup berhabis RM12,800 demi bebas rabun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syifa Melvin

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan kosmetik, Syifa Melvin sanggup membelanjakan wang sebanyak RM12,800 dengan melakukan rawatan Flap-Less (sejenis pembedahan lasik) demi bebas daripada masalah rabun.

Syifa, 27, yang mempunyai masalah rabun selama 15 tahun melakukan rawatan tersebut di Ikonik Eye Specialist Centre milik penceramah terkenal yang juga pakar bedah mata, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad semalam .

“Selepas melakukan pembedahan, saya tidak boleh ungkap perasaan dengan kata-kata, rasa sebak kerana 15 tahun rabun dan pakai cermin mata. Mata sebelah kanan pun pernah terkena jangkitan teruk kerana ada luka akibat pakai kanta lekap.

“Bangun tidur mesti cari cermin mata dulu, seksa sangat. Alhamdulillah akhirnya, Tuhan bukakan pintu hati selepas dua tahun merancang untuk melakukan rawatan mata,” katanya dalam video yang dimuat naik menerusi Insta Story akaun Instagramnya semalam.

Menurut adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu, sebelum ini dia bertangguh untuk melakukan rawatan mata berkenaan kerana bimbang prosedur tersebut menyakitkan.

“Kalau tahu betapa cepat dan senang proses pemulihan sudah lama saya buat. Proses pembedahan begitu cepat, sekejap sahaja. Semasa pembedahan Prof Muhaya turut memasang zikir dan ayat al-Quran untuk kita berasa tenang dan positif.

“Saya datang melakukan pemeriksaan mata dan pada hari yang sama memutuskan untuk buat terus pembedahan. Patutlah selama ini pening kepala, saya sangkakan sinus rupanya tahap rabun semakin meningkat kepada 325. Sekarang sudah tidak rabun.

“Saya berdoa agar lebih ramai yang dapat merasai nikmat bebas rabun seperti saya,” ujarnya.

Tambah Syifa, kos RM12,800 itu termasuk pemeriksaan mata menggunakan enam buah mesin, pembedahan dan beberapa ubat rawatan mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI