Susunan MUHD. ARDIE
PUTRA SUHAIMI
REPUBLIK Indonesia sememangnya sudah memonopoli industri e-Sukan Asia Tenggara dengan jauh meninggalkan negara pesaing di belakang apabila melahirkan banyak pasukan profesional terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa.
Selain prestasi ketika mengharungi kejohanan serta liga kompetitif, banyak lagi strategi yang dilakukan oleh pasukan-pasukan tersebut dalam menarik minat rakyat untuk memberi sokongan kepada mereka.
Antara yang paling ketara adalah melantik brand ambassador atau duta jenama bagi pasukan itu dan sudah tentu kriteria yang menjadi sandaran adalah gadis jelita yang menjadi daya penarik utama.
Kosmo! menyenaraikan antara lima duta merangkap influencer pasukan-pasukan e-Sukan profesional di Indonesia ketika ini.
Steffanny Tanner
Pasukan: Aerowolf Pro Team
Umur: 21 tahun
Kerjaya: Duta, Influencer dan atlet kebangsaan
Pengikut instagram: 94,000
Ringkas: Steffanny telah mendapat pengiktirafan sebagai pemenang PUBG Mobile Ambassador tahun 2020. Lebih menarik, dia juga merupakan atlet kebangsaan dan mewakili Indonesia bagi acara sukan floorball.
Rachel Florencia
Pasukan: Morph Team
Umur: 21 tahun
Kerjaya: Duta, Influencer dan Model
Pengikut instagram: 770,000
Ringkas: Rachel yang telah menjadi duta buat pasukan Morph Team sejak 2018 mengakui lebih meminati permainan video pada komputer (PC) berbanding secara mobile dan antara yang diminati adalah permainan Valorant.
Anastasia Angelica
Pasukan: Evos Esports
Umur: 22 tahun
Kerjaya: Duta, Influencer, Pengulas Sukan dan Model
Pengikut instagram: 585,000
Ringkas: Anastasia mesra dengan panggilan Angel dan memiliki pakej lengkap untuk menarik golongan lelaki di Indonesia untuk menyokong pasukan Evos sebagai skuad e-Sukan No. 1 negara itu. Malah, Angel juga mempunyai bakat bermain permainan video seperti Mobile Legend dan PUBG Mobile dengan baik.
Angie Marcheria
Pasukan: Bigetron Esports
Umur: 19 tahun
Kerjaya: Duta dan Influencer
Pengikut instagram: 252,000
Ringkas: Angie masih baru dalam bidang duta jenama ini kerana hanya dilantik pasukan Bigetron secara rasmi pada awal bulan ini dan dia sangat minat dalam arena e-Sukan.
Zahra Febianca
Pasukan: Bigetron Esports
Kerjaya: Duta dan Influencer
Pengikut instagram: 36,000
Ringkas: Zahra yang lebih mesra dengan panggilan Bianca ini sangat menggemari permainan video khususnya Free Fire. Malah, Bianca turut bijak dalam bidang akademik kerana dia merupakan lulusan Ijazah Undang-Undang, Universiti Pembangunan Nasional Veteran Jakarta.