fbpx

Setahun melacur guna Wechat, empat wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa JIM merampas wang tunai yang dipercayai hasil pelacuran salah seorang wanita warga asing yang ditahan dalam Op Gegar, semalam.

MELAKA – Selepas setahun menjalankan kegiatan khidmat seks melalui aplikasi Wechat, empat wanita warga asing akhirnya dicekup penguat kuasa dalam serbuan di sebuah hotel bajet di bandaraya Melaka, di sini semalam.

Dalam serbuan Op Gegar kira-kira dua jam bermula pukul 7.30 malam itu, kesemua yang dicekup berusia 28 hingga 38 tahun terdiri daripada warga Kyrgyzstan, Indonesia dan Vietnam.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka (JIM), K. Vishnutharan, berkata, tangkapan itu merupakan hasil risikan selepas mengesan kegiatan tidak bermoral itu yang mengambil tempahan seawal 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Katanya, wanita-wanita tersebut menawarkan khidmat seks pada kadar RM200 sehingga RM350 bagi tempoh 45 minit setiap pelanggan.

“Difahamkan aktiviti tidak bermoral ini menerima antara satu hingga lima tempahan setiap hari bagi setiap wanita warga asing itu yang mana kebanyakan pelanggannya terdiri daripada lelaki tempatan.

“Bayaran khidmat seks itu akan dibuat secara tunai kepada wanita terbabit sebelum dikutip oleh penjaga setelah selesai tempahan. Hasil kegiatan itu kemudian akan diagihkan iaitu RM100 kepada pelayan, manakala baki kepada penjaga,”katanya.

Ujarnya, turut dirampas dalam serbuan itu adalah beberapa pek kondom, botol gel pelincir, dua naskah pasport, resit tempahan bilik dan wang tunai berjumlah RM2,000 dipercayai hasil daripada aktiviti tidak bermoral tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil soal siasat, kesemua yang dicekup mengakui telah melakukan kegiatan itu sejak tahun lalu, namun terpaksa bertukar-tukar lokasi hotel sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambahnya, dalam serbuan itu pihaknya telah mengeluarkan sebanyak dua saman kepada saksi (Borang 29) kepada seorang lelaki warga tempatan dan pekerja hotel bagi membantu siasatan.

“Kesemua wanita warga asing tersebut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada dokumen pengenalan diri.

“Mereka akan dibawa untuk membuat ujian saringan Covid-19 di Pusat Kesihatan berhampiran terlebih dahulu sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI