fbpx

Premis perjudian baru seminggu beroperasi digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZALI Abu Samah (kanan) menyertai serbuan di Bandar Puchong Jaya semalam.

PETALING JAYA – Sebuah premis perjudian di Jalan Kenari 3, Bandar Puchong Jaya yang baru seminggu beroperasi digempur sepasukan anggota polis semalam.

Dalam serbuan pada pukul 6.50 petang itu dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang serta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, seramai 11 lelaki ditahan yang terdiri daripada warga asing (4) manakala selebihnya warga tempatan.

“Dua daripada ditahan merupakan penjaga premis warga Indonesia dan Myanmar yang dijanjikan gaji sebanyak RM1,000 sebulan.

“Siasatan awal mendapati, mereka (penjaga) diarahkan untuk mencapai keuntungan harian dalam lingkungan RM2,000 hingga RM3,000 dan sekiranya gagal, gaji akan dikurangkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, serbuan tersebut turut berjaya merampas barangan yang digunakan untuk perjudian atas talian seperti 18 komputer riba dan wang tunai berjumlah RM465.

“Majlis Bandaraya Subang Jaya juga telah mengambil tindakan tegas dengan menutup dan menyita barangan di dalam premis itu.

“Kesemua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 26 hingga 71 tahun telah dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI