fbpx

Polis terpaksa ‘atur’ giliran lelaki bersama dua isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang sudah berkahwin di India diberi jadual penggiliran antara isteri pertama dan kedua oleh polis untuk mengelak krisis rumahtangga. – Gambar Hiasan (Akhbar Dainik Jagran)

NEW DELHI – Polis di negeri Jharkhand, India mencuri tum­puan media baru-baru ini ke­rana cuba menyelesaikan krisis rumah­tangga dengan mengarahkan seorang lelaki meluangkan masa tiga hari dengan isterinya, tiga hari lagi bersama teman wanitanya dan satu hari untuk diri sendiri.

Menurut portal berita Oddity Central baru-baru ini, kisah bermula apabila seorang suami bernama Rajesh Mahato memiliki kekasih gelap. Dia begitu cintakan teman wanitanya dan tidak memberitahu bahawa dirinya sudah berkahwin kerana takut ditinggalkan.

Dia kemudian mengajak teman wanitanya kahwin lari tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan isterinya.

Isteri lelaki itu membuat ­aduan polis, begitu juga ibu bapa teman wanitanya yang mendakwa Rajesh telah menculik anak mereka.

Polis Jharkhand melakukan siasatan dan berjaya menemui Rajesh dan teman wanitanya, namun mendapati lelaki itu berkahwin pula dengan kekasihnya. Ketika Rajesh, isteri pertama dan isteri baharunya disatukan, pertengkaran besar meletus dan polis terpaksa campur tangan untuk mengembalikan keharmonian rumahtangga tersebut.

Polis kemudian mengusulkan cadangan tersebut. Ketiga-tiga individu tersebut juga telah menandatangani surat perdamaian rasmi sebagai bukti mereka bersetuju dengan kaedah penggiliran tersebut tetapi penyelesaian ‘di luar kotak’ oleh pihak berkuasa itu gagal bertahan.

Menurut akhbar tempatan, Dainik Jagran, beberapa hari kemudian, isteri baharu Rajesh membuat aduan polis terhadap suaminya. Dia mendakwa bahawa Rajesh melakukan serangan seksual terhadap dirinya dan menjadikan perkahwinan mereka sebagai helah.

Polis hampir dapat menangkap Rajesh apabila pergi ke rumah lamanya. Bagaimanapun, isteri pertama suspek telah membantunya untuk melarikan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI