fbpx

MotoGP: Gresini makin kritikal akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRESINI masih menjalani rawatan di ICU di Hospital Maggiore, Bologna akibat jangkitan Covid-19 pada 27 Disember tahun lalu.

ITALI – Ketua pasukan Aprilia Racing Team Gresini, Fausto Gresini dikatakan sedang bertarung nyawa selepas keadaannya semakin bertambah buruk akibat jangkitan Covid-19 pada 27 Disember tahun lalu.

Akibat jangkitan tersebut, bekas juara dunia dari Itali itu dalam keadaan kritikal dan masih dalam keadaan koma di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Maggiore, Bologna.

Selepas hampir dua bulan berada di hospital, keadaan organ dalaman Gresini terutama paru-paru dalam keadaan teruk dan kini dia terpaksa menerima alat bantuan pernafasan.

“Gresini masih dirawat Hospital Maggiore, Bologna kerana mengalami masalah pernafasan yang teruk selepas disahkan dijangkiti Covid-19 sejak 27 Disember lalu.

“Terdapat komplikasi yang teruk dan Gresini terpaksa dikejarkan ke wad ICU untuk menerima bantuan alat pernafasan. Apa yang kami boleh kongsikan keadaan organ Gresini dalam keadaan teruk dengan harapan pemulihan dapat dilaksanakan.

“Kini Gresini dalam keadaan koma dan kami mengharapkan yang terbaik buatnya agar kembali sihat,” kata pasukan tersebut dalam satu kenyataan semalam.

Pengurus Aprilia Racing Team Gresini MotoGP itu, pernah memenangi dua kejuaraan dunia sebagai pelumba bagi kelas 125cc pada 1985 dan 1987.

Tahun ini, pasukan tersebut akan menurunkan dua pelumba terbaiknya iaitu Lorenzo Savadori dan Aleix Espargaro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI