fbpx

Lelaki maut motosikal terbabas sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa terjatuh ke dalam longkang setelah motosikal ditunggang terbabas di Jalan Lee Ming Hing, Menglembu di Ipoh hari ini.-Foto Ihsan JBPM

IPOH – Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dia tercampak masuk ke dalam longkang di Jalan Lee Ming Hing dekat Menglembu di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, Foong Kok Peng, 57, yang menunggang motosikal jenis Honda C100 disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati motosikal ditunggang lelaki itu terbabas sendiri dan dia terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan.

Katanya, anggota bomba membawa mangsa naik ke tepi jalan namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan di lokasi kejadian tidak menjumpai apa-apa kesan perlanggaran mahupun brek di jalan lurus yang mempunyai dua lorong dan dua hala itu.

“Kemalangan itu mengakibatkan motosikal mangsa mengalami kerosakkan termasuk lampu besar depan pecah dan tercabut manakala cermin sisi kanan patah,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Kenderaan berkenaan telah dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI