fbpx

Isu murtad: Kes dalam perhatian dan tindakan polis – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan isu seorang lelaki India memurtadkan seorang wanita Islam seperti tular di media sosial ketika ini sudah diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, pihaknya difahamkan bahawa isu itu dalam perhatian dan tindakan pihak PDRM setelah menerima aduan daripada pelbagai pihak.

Beliau berkata, pihaknya juga menyeru kepada orang ramai untuk menyerahkan isu ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

“Tindakan undang-undang juga boleh diambil di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang sedang berkuat kuasa di beberapa buah negeri.

“Tindakan itu boleh diambil terhadap mana-mana orang, termasuk orang bukan Islam, yang menghasut, memujuk, mempengaruhi atau memaksa orang Islam supaya meninggalkan agama Islam atau tidak suka kepada agama Islam,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, mana-mana orang Islam yang cuba untuk keluar daripada agama Islam juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang sedang berkuat kuasa di beberapa buah negeri.

Abdul Aziz berkata, Jakim menyeru seluruh umat Islam agar dapat mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pegangan akidah, syariah dan akhlak seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, semua pihak diingatkan agar tidak saling menyalahi antara satu sama lain dalam isu melibatkan umat Islam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI