fbpx

HPU main peranan penting tangani Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini.

PUTRAJAYA – Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta khusus bagi memastikan Hospital Pengajar Universiti (HPU) di seluruh negara supaya dapat melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan dalam menangani kes Covid-19.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, peruntukan tersebut khusus bagi HPU untuk menguruskan pembelian peralatan, bekalan ujian makmal atau barang pakai habis dan bekalan ubat-ubatan yang diguna pakai untuk mengendalikan Covid-19.

Beliau berkata, kementerian menerusi HPU telah memainkan peranan yang aktif dalam usaha menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

“Sejak negara kita dilanda pandemik Covid-19 awal tahun 2020, HPU telah memberi sokongan sepenuhnya dengan membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melalui rawatan kepada pesakit Covid-19 dan melaksanakan ujian saringan.

“Dua HPU iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah terbabit secara langsung dalam memberikan rawatan kepada pesakit positif Covid-19 dan melaksanakan ujian saringan.

“Kedua-dua HPU ini berstatus hospital hibrid Covid-19 yang mana pesakit-pesakit bukan Covid-19 masih terus mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan di sini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, lima HPU lain iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah (SASMEC) @IIUM, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Hospital UiTM Sungai Buloh dan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) turut membantu dalam melaksanakan ujian saringan Covid-19 sahaja berdasarkan kapasiti makmal masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, HUSM dan SASMEC @IIUM telah juga berstatus hospital hibrid Covid-19 berikutan peningkatan kes pada awal tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI