fbpx

Gari tangan bukti cinta romantis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPASANG kekasih di Ukraine menggari tangan mereka selama tiga bulan sebagai cabaran menguji kesetiaan cinta mereka. – TCH

KIEV, Ukraine – Sepasang kekasih di Ukraine memilih cara pelik untuk menguji kesetiaan cinta dengan ‘mengikat’ sebelah tangan masing-masing menggunakan rantai besi selama tiga bulan.

Menurut portal berita Od­dity Central kelmarin, pasangan dikenali sebagai Alexander dan Viktoria itu berbuat demikian sebagai cara meraikan Hari Kekasih tahun ini.

Pada 14 Februari lalu, mereka pergi ke kota raya Kiev untuk memasang belenggu tersebut pada sebelah tangan masing-masing. Mereka turut mendaftarkan cabaran itu pada wakil daftar rekod negara.

Matlamat cabaran mereka adalah untuk berada di sisi satu sama lain untuk setiap saat, selama tiga bulan akan datang.

Ia termasuk terpaksa tidur, mandi bahkan, pergi ke tandas dan membuang air bersama.

“Kami akan mencipta rekod menerusi cabaran ini,”kata Alexander kepada wartawan Ukraine.

Menurut wakil Jabatan Pendaftaran Rekod Kebangsaan Ukraine, Vitaly Zorin, rantai besi yang dipakaikan pada tangan pasangan itu perlu dipotong menggunakan alat pemotong khas.

“Mereka yakin dapat menempuh tiga bulan dalam keadaan sebelah tangan diikat pada satu sama lain, namun jika mereka mengalah sebelum tempoh itu, mereka perlu datang ke sini dan rantai itu akan dipotong menggunakan alatan khas,” kata Zorin.

Zorin turut memberitahu bahawa pemeriksaan kesihatan mental turut dilakukan terhadap kedua-duanya bagi memastikan pasangan itu berada dalam kea­daan waras sebelum meneruskan ujian ‘romantis’ tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI