fbpx

DJ radio biadap mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ Yusuf memohon maaf menerusi video IG TV yang dimuat naiknya baru-baru ini. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penyampai radio Hitz FM Sarawak, DJ Yusuf yang mencetuskan amarah netizen selepas mempersendakan cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Shukri, 29, tampil membuat permohonan maaf secara menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram TVnya semalam.

Dia juga meminta bantuan netizen agar diberikan laluan untuk berhubung dengan guru terbabit bagi membolehkannya memohon maaf atas kebiadapan yang dilakukan.

“Perkara pertama adalah saya dengan seikhlas hati memohon maaf kerana mempersenda guru terbabit. Perkara itu langsung tidak lucu dan saya tak boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk membenarkan sesuatu sikap buruk.

“Itu satu sikap saya yang amat biadab dan untuk itu saya mahu memohon maaf secara peribadi kepada dia dan keluarganya. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua guru-guru yang tersinggung selepas menonton video yang saya hasilkan,” katanya.

Terdahulu, tindakan Yusuf memuat naik video sebagai respons terhadap sebutan bahasa Inggeris guru wanita sambil memaparkan reaksinya ketawa berdekah-dekah mencetuskan kemarahan netizen yang turut mendesak stesen radio Hitz FM Sarawak memecatnya.

Susulan itu, Yusof digantung sementara tugasnya secara serta-merta menerusi kenyataan dikeluarkan wakil pengurusan stesen radio berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI