fbpx

Calon SPM 2020 diingatkan rujuk jadual waktu peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk  jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa  peperiksaan berlangsung.

Lembaga Peperiksaan berkata, calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan serta mencegah penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my.

Sementara itu, Lembaga Peperiksaan berkata, seramai 401,105 calon bendaftar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang dilaksanakan pada 22 Februari hingga 25 Mac depan.

Katanya, peperiksaan itu berlangsung di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Seramai 48,014 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM 2020,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI