WASHINGTON – Sebiji asteroid sebesar Gereja St. Paul di London dijangka melintasi orbit Bumi kira-kira pukul 11.15 pagi ini, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
Ia merupakan satu daripada tiga asteroid yang berada dalam pemerhatian NASA dan dijangka melintasi orbit Bumi.
Saiz setiap asteroid dilaporkan seakan-akan sama, dengan yang terbesar, Asteroid 20201 CR3 yang dianggarkan bersaiz antara 74 hingga 170 meter (m) berpotensi sebesar Gereja St. Paul.
Asteroid itu bergerak pada kelajuan 22.99 kilometer sejam, menurut data NASA.
Sebiji lagi asteroid, 2021 CU3 bersaiz antara 69 hingga 170m pula akan melintasi orbit Bumi hari ini kira-kira pukul 5.58 petang.
Asteroid CC2 pula dijangka melintasi orbit Bumi pada pukul 7.44 pagi esok. – Agensi