PUTRAJAYA – Kes sembuh masih mengatasi kes baharu dengan 4,782 kes dilaporkan menjadikan sebanyak 244,753 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula mencatatkan sebanyak 2,461 kes kesemuanya penularan tempatan dengan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 280,272 kes.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 34,468 kes.
“Sebanyak lapan kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 1,051 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 207 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE