fbpx

Venue rasmi Sarawak United bakal di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSA mendedahkan Sarawak FC sudah membuat permohonan kepada MFL untuk mempunyai venue rasmi sebagai tuan rumah di Lembah Klang.

PASUKAN Sarawak United telah menghantar permohonan kepada Liga Bola Sepak Malaysia untuk mendapatkan gelanggang rasmi sebagai tuan rumah untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) dipindahkan ke Semenanjung buat sementara waktu musim ini.

Sebagai rekod, Sarawak United yang beraksi pada Liga Premier sepatutnya menjadikan Stadium Negeri, Kuching sebagai venue rasmi tetapi terpaksa menukar venue tersebut ekoran kekangan pandemik Covid-19 ketika ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais mengesahkan bahawa pasukan Sang Kenyalang mahu menjadikan stadium di sekitar Lembah Klang sebagai venue rasmi sementara pasukan.

Kata Posa, langkah ini terpaksa diambil kerana arahan kerajaan negeri yang menuntut setiap individu yang tiba di Sarawak menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan situasi itu sememangnya menyukarkan pergerakan pasukan.

“Kami telah hantar surat permohonan kepada MFL bagi menukar venue tuan rumah untuk permulaan saingan Liga M musim ini. Keputusan ini dibuat kerana jika beraksi di Kuching, setiap pasukan perlu menjalani kuarantin dan situasi memang membataskan pergerakan.

“Apa yang pasti, langkah ini diambil untuk tempoh sementara dan bukannya semusim kerana situasi Covid-19 ketika ini masih membimbangkan.

“Mengenai venue, kami tidak kisah lokasi di mana tetapi lebih baik jika dapat di sekitar Lembah Klang dan keputusan itu biar MFL yang putuskan nanti kerana tidak mahu bertembung dengan pasukan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Sarawak United yang dikendalikan oleh E. Elavarasan telah memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk beberapa pemain ternama seperti Taylor Regan, Sandro Da Silva, S. Chanturu dan Christie Jayaseelan selain dikuatkan dengan kehadiran pengarah teknikal baharu, B. Sathiananthan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI