fbpx

Tiada had umur atlet ke Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA mendedahkan MOM memutuskan untuk menghantar gabungan atlet muda dan berpengalaman ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada hujung tahun ini.

BERIKUTAN kesan pandemik Covid-19 melanda dunia, Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olim­pik Malaysia (MOM) memutuskan untuk menghantar gabungan atlet muda dan berpengalaman ke Sukan SEA Vietnam 2021.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, sebelum ini pihaknya telah merancang ingin menghantar barisan atlet muda untuk memberi pengalaman apabila menyertai temasya sukan dwitahunan tersebut.

Bagaimanapun, hasrat untuk menghantar barisan atlet muda perlu dibincangkan semula berikutan masalah kepada Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk menilai dan mengesan bakat terbaik memandangkan banyak kejohanan peringkat tempatan dan luar negara dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

“Mesyuarat yang dibentangkan hari ini (semalam) bagi membincangkan mengenai atlet yang akan menyertai Sukan SEA Vietnam 2021.

“Jawatankuasa Pemilihan MOM turut mengambil kira kesan Covid-19 terhadap atlet, pegawai dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) sendiri. Persiapan yang dilakukan mereka turut terjejas akibat kejohanan tempatan dan antarabangsa dibatalkan serta ditunda.

“Penundaan Sukma (Sukan Malaysia) 2020 juga memberi kesan kepada atlet-atlet muda negara kerana ia menjadi platform pemilihan untuk mereka ke Sukan SEA 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Norza berkata, pihaknya akan melakukan pertemuan dengan PSK untuk membuat penilaian gabungan atlet ke temasya itu.

“Selepas mengambil kira pelbagai faktor, Jawatankuasa Pemilihan MOM akan mengadakan pertemuan secara individu bersama persatuan-persatuan sukan kebangsaan secepat mungkin sehingga 15 Mac ini bagi menentukan gabungan terbaik atlet untuk setiap acara.

“Kriteria bagi kategori A dan B tidak berubah dan jawatankuasa ini mempunyai hak untuk memi­lih atlet yang layak untuk berada dalam pasukan meskipun tidak mencapai kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI