fbpx

Tanaman kenaf mampu jana pendapatan sampingan pekebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin Aman Razali (dua dari kiri) memeriksa batang kenaf yang dijemur di Pusat Pemprosesan Fiber Kenaf, Gua Mesa dekat Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG – Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) menggalakkan pekebun kecil di negera ini menjadikan gentian berkualiti iaitu kenaf sebagai tanaman selingan bagi menjana pendapatan tambahan sementara menunggu proses penuaian hasil sawit dan getah.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pekebun kecil dijangka mampu meraih pendapatan sekitar RM5,000 semusim bagi keluasan tanah satu hektar untuk tanaman itu.

Menurutnya, sebanyak 10 tan batang kenaf kering dapat dihasilkan sekiranya ia ditanam di dalam kawasan seluas satu hektar.

“Sebagai galakan kepada para pekebun kecil, pihak kementerian menerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sedia memberikan bimbangan dan tunjuk ajar kepada mereka yang berminat untuk mengusahakannya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan untuk meninjau perkembangan dan melihat dengan lebih dekat pembinaan rumah menggunakan teknologi Industrialised Buiding System (IBS) di Pusat Pemprosesan Fiber Kenaf, Gua Mesa di sini.

Pokok kenaf merupakan tanaman gentian yang dapat menampung beberapa sektor pembuatan seperti tilam dan perabot.

Ia juga bertindak sebagai gentian penguat industri komponen plastik selain boleh dijadikan sumber makanan haiwan ternakan.

Mengulas lanjut, Mohd. Khairuddin memberitahu, IBS merupakan kaedah baharu dalam sektor pembinaan yang berasaskan kenaf yang mengurangkan kos pembinaan, menjimatkan tenaga kerja, masa dan logistik.

Tambahnya, LKTN juga bercadang memperluaskan kawasan tanaman kenaf di Rantau Panjang daripada 200 hektar kepada 500 hektar bermula tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI