fbpx

Suami yang banyak dorong ke arah agama – Hannah Delisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH DELISHA dan Imam Shah.

PETALING JAYA – Pelakon Hannah Delisha mendedahkan suaminya, Imam Shah, merupakan individu yang banyak mendorong dirinya lebih cenderung ke arah keagamaan.

Hannah atau nama lengkapnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, turut meminta maaf kerana mengejutkan ramai dengan berita pernikahan, semalam.

Tegasnya, dia bukan mahu menyembunyikan perkara sebenar tetapi pendekatan tersebut diambil memandangkan selama ini dia sangat menjaga privasi terutama dalam hal peribadi.

“Minta maaf sebab saya memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Memang tak pernah nak kongsi dalam media sosial tentang percintaan selama ini. Bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita akan kongsi. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Berkongsi sedikit latar belakang suaminya, Hannah Delisha mengakui telah lama mengenali Imam Shah sejak mereka berlakon bersama di Singapura lima tahun dahulu.

“Saya kenal Imam masa kita menjalani penggambaran sebuah drama episod yang bertajuk Faculty di Singapura lima tahun lepas. Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang, dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan dan Alhamdulillah sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” katanya.

Kenyataan tersebut sekali gus mengiakan pertanyaan media sebelum ini mengusik perubahan imej Hannah antaranya didorong perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Hannah bagaimanapun perkara tersebut.

“Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya. Majlis bersanding kita akan umumkan nanti. Insya-Allah kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat. Tentang tarikh, Hannah tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” tambahnya.

Selain rumah tangga yang baru dibina, perancangannya untuk tahun ini adalah untuk fokus ke arah nyanyian dan V-Log  menerusi YouTube.

“Saya sebenarnya sedang sibuk mempromosikan single baharu berjudul Terlalu Mudah. Untuk bidang lakonan, saya takkan tinggal, cuma akan lebih memilih naskah yang sesuai dengan penampilan sekarang.

“Saya pun akan sibuk sikit dengan bisnes baharu. Nak cuba rezeki dalam bidang perniagaan pula. Insya-Allah tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian Ready To Wear dan eksklusif berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material dan rekaan. Insya-Allah, kalau tiada aral melintang saya jangkakan semuanya akan siapkan dalam beberapa bulan lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Hannah Delisha, 25 sah bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah yang juga merupakan seorang pelakon dari Singapura pada 18 Februari iaitu genap lima tahun selepas menjalin hubungan sejak tahun 2016.

Pernikahan pasangan itu  didaftarkan di Registry of Marriage atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.

Majlis secara kecil-kecilan yang diadakan di negara kelahiranya itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri beberapa ahli keluarga daripada pihak keluarga kedua-dua keluarga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI