fbpx

Stres gambar disalah guna jadi sugar baby

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa melihat laporan polis yang dibuat berkaitan penyalahgunaan gambarnya di akaun Sugarbook.

ALOR SETAR – Seorang pelajar sebuah kolej swasta tertekan dan terpaksa menanggung malu selepas gambarnya di­salah guna di aplikasi Sugarbook.

Remaja berusia 19 tahun dari Kota Sarang Semut di sini mendakwa, dia kerap menangis setiap kali memikirkan perkara itu yang turut memberi kesan emosi kepada ibu bapanya.

Menurut mangsa, dia me­ngetahui perkara itu daripada seorang rakannya pada pukul 11.17 malam, Selasa lalu.

“Tangkap layar akaun Sugarbook itu dimuat naik ke dalam akaun Facebook Biar Jasa Jadi Kenangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Remaja itu mendakwa, dia terkejut sebaik dimaklumkan perkara tersebut.

Pada mulanya, mangsa mahu mendiamkan diri kerana bimbang ibu bapanya susah hati.

“Saya juga perlu menduduki peperiksaan pada pagi semalam (kelmarin), namun bapa saya mengetahuinya daripada rakan-rakannya,” katanya.

Dia menjelaskan tidak tahu menahu tentang akaun Su­garbook itu sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

Jelas anak kedua daripada lapan beradik itu, gambar itu dimuat naik di Instagramnya, namun disalah guna pihak lain dalam aplikasi tidak bermoral tersebut.

“Walaupun tak buat, namun saya tertekan kerana ia melibatkan perasaan ibu bapa yang malu dengan penyebaran gambar saya di Facebook,” katanya.

Sementara itu, bapa remaja tersebut bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat yang sewenang-wenangnya menggunakan gambar anaknya yang sama sekali tidak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mad Akhir mengesahkan menerima laporan dan kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI