fbpx

Siasatan terhadap Annuar Musa selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular gambar Annuar bersama enam individu lain duduk di meja ketika menikmati jamuan

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah lengkap.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya telah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut ke Bukit Aman hari ini.

“Siasatan berhubung kes ini telah lengkap dan kita juga telah menghantar kertas siasatan ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai kritikan beberapa pihak yang mempersoal mengapa Annuar tidak dikompaun seperti pesalah ingkar PKP lain, beliau enggan mengulas lanjut.

Kosmo! pada Rabu lalu melaporkan, polis telah memanggil Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa individu lain termasuk penganjur untuk dirakam percakapan.

Terdahulu, tular gambar Annuar bersama enam individu lain duduk di meja ketika menikmati jamuan.

Difahamkan, gambar tersebut dipercayai diambil ketika beliau hadir ke Program Pertanian Bandar Wilayah Persekutuan di Kebun Komuniti Bandar, Persatuan Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia, Desa Petaling pada 13 Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI