fbpx

Siasatan dakwaan gangguan seksual selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Siasatan ke atas anggota polis berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Duta selesai.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kertas siasatan ke atas kes terbabit telah selesai dan akan dihantar ke Bukit Aman.

“Kertas siasatan berhubung dakwaan ini sudah lengkap dan kita akan menghantarnya ke Bukit Aman dalam minggu ini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 1.28 saat tular selepas seorang wanita mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis di SJR Jalan Duta ketika dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju ke Shah Alam.

Kosmo! pada 17 Februari lalu melaporkan, polis akan memastikan siasatan berhubung kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di Sekatan Jalan Raya (SJR) dapat diselesaikan dalam masa terdekat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI