fbpx

Rumah tumpangan tawar khidmat seks terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Kegiatan sebuah premis rumah tumpangan yang menawarkan perkhidmatan seks oleh wanita warga asing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terbongkar hasil serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam ‘Ops Gegar’ di Nilai di sini semalam.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, hasil risikan mendapati rumah tumpangan yang terletak di Taman Semarak, Nilai di sini menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan perkhidmatan seks oleh wanita warganegara asing.

“Ketika serbuan dijalankan terdapat seramai empat wanita dan dua lelaki warga asing berada di dalam premis tersebut dan cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran
anggota penguatkuasa.

“Bagaimanapun, kesemua warga asing berusia antara 28 hingga 47 tahun itu berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi ‘Ops Gegar’ dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri Sembilan dengan
kekuatan seramai dua pegawai dan 18 anggota. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI