fbpx

PKP – Kes lemas dan kebakaran terbuka menurun ketara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohammad Zaidi Wan Isa

KUANTAN -Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut memberikan kesan positif kepada insiden lemas dan kes kebakaran terbuka di negeri ini yang menunjukkan penurunan ketara pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, berbanding pada tahun sebelumnya kes lemas pada 2020 menurun sebanyak 51 peratus manakala kebakaran terbuka turun sebanyak 46 peratus.

“Pada 2019 sebanyak 23 kes lemas direkodkan manakala pada 2020 sebanyak kepada 13 kes direkodkan manakala kes kebakaran terbuka pada 2020 turun kepada 924 kes berbanding 1,740 pada tahun sebelumnya.

“Kemungkinan penurunan dalam tempoh 2020 ini adalah disebabkan PKP yang mana ramai orang duduk di rumah dan tidak keluar untuk aktiviti rekreasi dan sebagainya,”katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JBPM Pahang di sini, baru-baru ini.

Menurut Wan Mohammad Zaidi, dalam tempoh tiga tahun bermula 2018 sebanyak 62 kes lemas direkodkan di seluruh negeri melibatkan kawasan pantai, pembentung, sungai, tasik dan air terjun.

Katanya, daripada jumlah itu kes lemas tertinggi direkodkan di kawasan sungai iaitu sebanyak 41 kes diikuti lemas di air terjun sebanyak 11 kes dan lemas di pantai sebanyak tujuh kes.

Dalam pada itu katanya, bagi kes kebakaran terbuka pula jumlah kes kebakaran terbuka yang direkodkan dalam tempoh tiga tahun bermula 2018 ialah sebanyak 3,737 kes di seluruh negeri.

Katanya, dalam tempoh tersebut daerah Kuantan merekodkan kes tertinggi sebanyak 1,766 kes diikuti Pekan sebanyak 643 kes dan Temerloh sebanyak 334 kes.

“Jumlah kes kebakaran terbuka pada 2018 adalah sebanyak 1,073 dan meningkat kepada 1,740 kes pada 2019 tetapi berlaku penurunan pada 2020 kepada 924 kes,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI