fbpx

[VIDEO] Pemandu lori didakwa dera anak sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayah tiri kanak-kanak perempuan empat tahun yang meninggal dunia dipercayai didera dalam kejadian di Kampung Halacara Baru, Gemas, 1 Februari lalu didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

TAMPIN – Ayah tiri kanak-kanak perempuan empat tahun yang meninggal dunia dipercayai didera dalam kejadian di Kampung Halacara Baru, Gemas, 1 Februari lalu didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh Abu Hassan Darus, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori simen mengaku faham atas pertuduhan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Berdasarkan pertuduhan, pada 1 Februari lalu, antara jam 3 hingga 5 petang di alamat No 37, Kampung Halacara Baru Londah dengan niat telah melakukan kesalahan membunuh hingga menyebabkan kematian ke atas anak tiri perempuan berusia empat tahun satu bulan.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Sazali Omar.

Ahmad kemudiannya memohon satu tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Majistret kemudiannya memutuskan tarikh sebutan semula kes pada 25 March ini di Mahkamah Majistret Gemas bagi menunggu dua laporan berkenaan.

Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin oleh Majistret.

Kosmo 12 Februari lalu melaporkan seorang lelaki ditahan polis 9 Februari lalu bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Klinik Kesihatan Gemas, dekat sini, 1 Februari lalu.

Difahamkan, mangsa tinggal di rumah sewa bersama ibu, bapa tiri dan seorang abang di Kampung Halacara Baru, Gemas.

Lelaki berkenaan ditahan selepas rakaman ‘Child Interview Centre’ dilakukan ke atas adik beradik kanak-kanak yang maut berkenaan.

Tertuduh sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI