fbpx

Lelaki berang diejek pukul rakan hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Berang diejek, seorang lelaki bertindak memukul kepala rakannya dengan sebatang besi dalam pergaduhan di sebuah rumah di Jalan Hong Seng, Kota Sarang Semut di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pergaduhan tersebut kira-kira pukul 8.05 pagi, Selasa lalu.

“Pergaduhan melibatkan dua lelaki berusia lingkungan 30-an di rumah didiami si mati.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah kerana suspek telah marah kerana si mati mengejek suspek,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI