fbpx

Lagi kes penemuan mayat reput di Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang memeriksa mayat yang ditemui di pesisiran Pantai Kemayan, Bachok hari ini.

BACHOK – Mayat seorang individu yang sudah reput ditemui dengan hanya memakai seluar pendek dan tanpa sebarang pengenalan diri di Pesisir Pantai Kemayan di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Suprintendan Mohd. Yusrizal Mohd. Ghazali berkata, rangka manusia yang tidak dapat dikenal pasti identiti itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 5 petang.

“Apabila polis tiba di lokasi kejadian, mayat tersebut didapati sudah reput sepenuhnya dan hanya tinggal rangka.

“Berdasarkan siasatan, mayat itu dipercayai sudah meninggal dunia 10 hari lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Yusrizal, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk proses bedah siasat.

Katanya, bagaimanapun, siasatan mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah yang dapat dikaitkan dengan penemuan mayat itu.

Tambahya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta untuk tampil membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Berdasarkan rekod, penemuan mayat yang sudah reput itu merupakan kes keempat yang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan persisiran pantai di Bachok dalam tempoh dua bulan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI