fbpx

Kenderaan peneroka NASA mendarat di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto edaran NASA menunjukkan gambar pertama dari kenderaan penerokaan NASA ketika mendarat di permukaan Marikh, semalam. - AFP

WASHINGTON –  Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA)  mengesahkan kenderaan penjelajahan milik agensi berkenaan selamat mendarat di permukaan Planet Marikh sekitar pukul 3.55 petang (waktu tempatan), semalam.

Menurut  agensi berita AFP, NASA lega apabila kenderaan tersebut berjaya melalui  fasa pendaratan berisiko atau dikenali sebagai ‘detik tujuh minit paling menakutkan’.

Berita pendaratan itu disahkan oleh ketua misi tersebut, Swati Mohan yang diiringi sorakan anggota-anggota di ibu pejabat Makmal Pendorongan Jet NASA di Pasadena, California.

Ini merupakan rover kelima pernah mendarat di permukaan Marikh di mana pencapaian pertama berlaku pada 1997.

Rover tersebut adalah seberat satu tan, dilengkapi lengan robot sepanjang dua meter, mempunyai 19 kamera, dua mikrofon dan beberapa instrumen canggih bagi membantu tujuan saintifiknya.

Kenderaan penerokaan ini akan berusaha mengumpulkan 30 sampel batu dan tanah Marikh, menyimpannya di dalam tabung tertutup sebelum dihantar pulang ke Bumi sekitar tahun 2030-an untuk analisis makmal.

“Persoalan mengenai kewujudan kehidupan di luar Bumi adalah salah satu soalan paling asas dan penting yang akan kita rungkaikan menerusi kajian sampel tersebut,,” kata ahli geologi NASA, Katie Stack Morgan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI