fbpx

Kabinet Khas Darurat wajar dibentuk segera – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid Hamidi

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cadangan supaya Kabinet Khas Darurat dibentuk segera yang diutarakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ada kewajarannya.

Ahmad Zahid berkata, Kabinet Khas itu akan berfungsi dengan kuasa yang terhad sehingga proklamasi darurat berakhir bagi menjaga kepentingan negara dan rakyat.

“Saya baca surat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun. Saya teliti hal yang dibangkitkan.

“Secara umum beliau menzahirkan rasa bimbang terhadap fungsi Parlimen sebagai proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara digantung secara total berikutan proklamasi darurat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook tadi.

Menurutnya, tanpa sebarang usaha dibenarkan dilakukan supaya fungsi Parlimen dapat diteruskan secara selamat termasuk secara maya seperti yang dilakukan negara demokrasi lain.

“Pada pandangan saya Azalina berhak menyuarakan kebimbangan itu memandangkan beliau merupakan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Paling utama adalah urusan pentadbiran negara memerlukan semak dan imbang. Suara dan pandangan rakyat perlu diambil kira dalam setiap dasar atau keputusan yang mahu dibuat melalui wakil-wakil mereka yang telah dipilih dalam pilihan raya,” jelasnya.

Baru-baru ini, Azalina dalam sepucuk surat kepada Peguam Negara mempersoalkan sebab utama parlimen digantung sedangkan masih ada beberapa jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi memastikan persidangan parlimen dapat diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI