fbpx

Harga RON95, RON97 naik empat sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 naik empat sen kepada RM2.00 seliter berbanding RM1.96 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 26 Februari depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga naik empat sen daripada RM2.26 kepada RM2.30 seliter.

“Harga runcit diesel pula kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, had harga siling produk petrol RON95 dan diesel masing-masing ditetapkan pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Ia bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara apabila harga sebenar minyak di pasaran global meningkat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI